Khamis, 14 Ogos 2003

Alfa Romeo 1965


Item specifics

Type: Cars
Vehicle Make: Alfa Romeo Brand: Road Champs
Year of Release: 2001 Scale: 1:18
Material: Diecast

Selasa, 8 Julai 2003

Pontiac

Tok jak model Pontiac yang aku ada....huhuhuhu...


Sedikit Fakta Tentang Pontiac!
Pontiac yang telah dilancarkan pada 1926 adalah kenderaan untuk golongan bekerja dan mengalami kejatuhan jualan pada 1950-an hingga hampir dihentikan pengeluarannya.
SATU ketika dulu Pontiac yang mempunyai enjin berkuasa tinggi dan ‘bertubuh waja’ menjadi kenderaan yang sungguh popular dalam filem.

Namun, kenderaan yang biasa dilihat berlumba di jalan raya atau diletak megah di ruangan pandu masuk mahupun yang mengaum di skrin panggung wayang pada sekitar 1960-an tidak wujud lagi pada masa kini.
Model kereta Pontiac tidak lagi dikeluarkan selepas 84 tahun di pasaran. Ketika di puncak populariti pada 1968, model Pontiac berjaya dijual sebanyak satu juta unit.

Model terakhir Pontiac yang menjadi mangsa perubahan konsep kenderaan itu dikeluarkan pada Mei lalu sebelum syarikat pengeluarnya General Motors (GM) memutuskan untuk menghentikan pengeluaran model Pontiac selepas syarikat itu muflis.
Pada 2008, tahun terakhir sebelum GM mengumumkan akan menghentikan pengeluaran Pontiac, jualan kereta itu mencatat sebanyak 267,000 unit.

Kini berpuluh-puluh kereta Pontiac tersadai di pusat pameran pengedarnya di seluruh Amerika Syarikat, termasuk model G5 coupe berwarna merah hati yang diletakkan antara ruangan kereta terpakai dan model baru berhampiran bilik pameran kereta di Little Rock, Arkansas.

Khamis, 24 April 2003

Koleksi Pertama

Hobi mengumpul kereta mainan keluaran Hotwheels memang menyeronokkan. Tak begitu mahal, dan mudah di dapati, namun untuk mencari stok terbaru atau yang terhad akan sukar. Walaubagaimanapun, ia satu hobi masa lapang yang menyeronokkan.

Kereta model lama, Taildragger.. hmmm boleh tahan juak la model tok.Memang antik!

Isnin, 3 Mac 2003

Sejarah Hot Wheels

Hot Wheels adalah jenama bagi permainan kereta 'die-cast' yang terkenal di dunia. Ia mula dihasilkan oleh syarikat Mattel pada 1968 dan diminati oleh golongan lelaki tidak kira kanak-kanak mahupun remaja.

Hampir 40 peratus kesemua kereta Hotwheels di dunia dibuat di Malaysia.Ia juga dibuat di China dan Thailand.


Bagi penggemar Hot wheels di malaysia, boleh melungsuri lelaman sesawang http://www.hwcmalaysia.com/ untuk mengetahui aktiviti serta koleksi terkini.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh Hot wheels Collecters Malaysia.Aktiviti yang mereka lakukan bukan hanya sekadar hobi mengumpul koleksi, anda juga boleh bersama-sama berdiskusi serta bertukar pendapat serta melakukan aktiviti riadah berkenaan dengan koleksi anda.



Sebagai penggemar Hot wheels yang tidak keterlaluan, memadailah hanya dengan mengumpul model-model kenderaan sekadar untuk koleksi peribadi untuk tatapan di masa lapang.