Selasa, 8 Julai 2003

Pontiac

Tok jak model Pontiac yang aku ada....huhuhuhu...


Sedikit Fakta Tentang Pontiac!
Pontiac yang telah dilancarkan pada 1926 adalah kenderaan untuk golongan bekerja dan mengalami kejatuhan jualan pada 1950-an hingga hampir dihentikan pengeluarannya.
SATU ketika dulu Pontiac yang mempunyai enjin berkuasa tinggi dan ‘bertubuh waja’ menjadi kenderaan yang sungguh popular dalam filem.

Namun, kenderaan yang biasa dilihat berlumba di jalan raya atau diletak megah di ruangan pandu masuk mahupun yang mengaum di skrin panggung wayang pada sekitar 1960-an tidak wujud lagi pada masa kini.
Model kereta Pontiac tidak lagi dikeluarkan selepas 84 tahun di pasaran. Ketika di puncak populariti pada 1968, model Pontiac berjaya dijual sebanyak satu juta unit.

Model terakhir Pontiac yang menjadi mangsa perubahan konsep kenderaan itu dikeluarkan pada Mei lalu sebelum syarikat pengeluarnya General Motors (GM) memutuskan untuk menghentikan pengeluaran model Pontiac selepas syarikat itu muflis.
Pada 2008, tahun terakhir sebelum GM mengumumkan akan menghentikan pengeluaran Pontiac, jualan kereta itu mencatat sebanyak 267,000 unit.

Kini berpuluh-puluh kereta Pontiac tersadai di pusat pameran pengedarnya di seluruh Amerika Syarikat, termasuk model G5 coupe berwarna merah hati yang diletakkan antara ruangan kereta terpakai dan model baru berhampiran bilik pameran kereta di Little Rock, Arkansas.